Si Ayam Katik

Dulu kat rumah aku ada bela dua ekor ayam serama. ayam ni di import dari kelantan. sepanjang diaorang ni membesar, hanya parents dan adik bongsu aku aje yang suka main dengan diaorang. yang betina tu lebih pada melayan diri sendiri. kurang mesra dengan orang. tapi yang jantan ni terlebih mesra, pantang nampak kaki orang laju aje dia nak patuk. sapa yang ajar? mesti la adik bongsu aku. hampir hari-hari dia ajar si ayam jantan tu tomoi sampaikan kalau dia di lepaskan dalam kawasan rumah, aku stress sebab memikirkan cara macamana tak nak kene patuk.

sampai la satu hari tu, rumah aku kecoh sebab si jantan ni hilang. ada orang curi di malam hari. maklumlakan si jantan ni dah la ketot, dada bidang dan warna bulu pun lawa. makanya adik bongsu aku yang rapat dgn si jantan ni menangis siap memaki hamun si pencuri. aku? sudah pasti sedih tapi lebih pada suka. lepas ni bebas la sikit. dah takde si pematuk yang berjaya hahahahha.

tapi keseronokkan aku tu tak lama, petang tu aku dengar bunyi ayam berkokok, dan suara tu aku sangat cam! memang sah si jantan telah kembali dan sedang bergembira di dalam sangkarnya. aku dapat tau si jantan yang gila mematuk orang telang mematuk si pencuri. akibat rasa sakit dan stress si pencuri tu decide let go aje si jantan tu. kebetulan tempat yang dia let go tu adalah di depan rumah kawan parents aku.

aku rasa lawak pun ada gak. tapi bagus lah atleast dia tau mempertahankan diri sendiri hahahaha selepas beberapa tahun parents aku decide hantar diaorang balik kampung di kuala selangor. kat sana si jantan ni raja segala ayam, pedulik lah ayam kampung yang besar ke semua dia patuk dan kejar. tak padan dengan katik dan kecik. budget kuat! hahahahahah

itulah pengalaman keluarga saya memelihara ayam serama. sekian.


1 comment:

Unknown said...

tetiba citer pasal ayam serama...

pakcik aku rlek2 jer bela ayam serama n jual..dah kaya raya skang aku tgk..

leh propose kat adek ko kalo nak beli serama..

http://seramajiring.blogspot.com/