Dua Kali Dalam Masa Tiga Minggu

.......dan ianya bukan salah aku.

Kali pertama terlibat dalam kemalangan, orang cium bontot kesyangan aku. Walhal, pada ketika itu semua kereta seharusnya bergerak dalam keadaan sedia berhenti, melainkan spring kereta tu sangat marbeles boleh aje melepasi bonggol dengan penuh bergaya.

Mujur juga lah orang yang melanggar tu meminta maaf dan mengaku salah dia. Selepas berbincang dengan pomen, harga kerugian di bayar oleh si pelanggar.

Masalah itu selesai.

Kali kedua pula ketika aku dalam perjalanan pulang dari site office. Tengah sedap melontarkan vocal sambil melayan perasaan, satu figura tetiba muncul dari sebelah kiri kereta. Yang menjadikan kejadian itu menarik adalah jalan besar yang berhadapan IOI mall itu menjadi pilihan figura itu melintas, tidak jejantas yang elok di bina tidak jauh dari tempat kejadian.

Dia bernasib baik tidak di gilis oleh lori dan tidak bernasib baik akibat dari hentaman sayangku kemungkinan kaki dia patah dan luka di siku. Abang-abang motor juga kagum dengan keberanian si pelaku.

Selepas menunggu lebih sejam, penjaga si pelaku sampai di hospital columbia. Dari pada penjelasan si penjaga, baru la aku tau yang si pelaku ponteng sekolah dan melepak di ioi mall. Akibat dari takut kene pukul dengan si penjaga, si pelaku nekad untuk membuat stunt dare devil.

Kes separuh selesai bila parents si pelaku tidak mahu membuat report polis. Ketika ini hanya perlu menunggu persetujuan dari mereka untuk membayar ganti rugi yang sayangku alami. Tak banyak mana cermin sisi pecah, sedikit kemek di bahagian kiri tepi dan bumper depan terkeluar dari socket.

Kesimpulannya:-

Daddy cool : sila cat balik kereta ni..tolak bala.

Aku : no money no talk yo!

Daddy cool : habis, duit banyak banyak pegi mana?

Aku: pegi support anak ikan pak *ini ayat dalam hati aje ye kalau cakap betul-betul mau kene tampar kuikuikui*

Daddy cool : letak ayat quran dalam kete.. ini kete macam orang tutt...

Aku : .........

Aku ni bukan la kaya mana tapi bala tertolak ke dengan cat baru?? Sama je konsep mandi bunga la limau bali la...ini semua rancangan dari Dia. Aku redha dan ambil sebagai peringatan kurangkan rempit di jalan raya hahahahha

Sekian.

Mode : masih trauma tapi tak berapa

Drama

Dah jadi macam "trend" kt malaysia ni mengadaptasi kan novel ke drama. Seingat aku la hanya 2 drama dan 1 movie aje yang sempat aku tonton. Bukan nak kata aku tak sokong, tapi memang tak masuk jiwa.

Siyes nih.

Kenapa?

Reason aku adalah aku rasa tertipu dengan drama tu. Tak di ambik kira lagi dengan storyline yang carca merba. Dengan kegagalan dubbing. Putus nafsu nak meneruskan tontonan.

Mungkin yang terbitan terbaru ni semakin baik. Mungkin la. Aku tak pasti sebab serik nak menonton.

Kesimpulannya dari aku sakit hati dan kecewa baik aku tak payah tengok langsung. Nak2 kalau novel tu adalah favourite.

Korang nak tengok korang punya suka.

Sekia bebelan tanpa isi ~^O^~