Senarai Buku

Setakat ini 158 novel melayu yang terkumpul itu pun ada yang tak masuk dalam list lagi. Aku kira ada lah jugak dalam 10 buah kot. Lepas ni senarai english novel pulak. Kalau ikutkan aku dah baca banyak dari yang tersenarai, sebabnya aku pinjam aje. Jimat duit? one of the reason jugak la plus kaki pengaruh merangkap penasihat aku kata tak payah beli maka pinjam dia punya je. (Maksud terselindung adalah jalan cerita novel itu tak best).

Entry yang takde point langsung hanya nak update blog yang dah lama tak update. 


Malu

Lokasi : KLIA
Tujuan : Hantar parents g Umrah

Makcik: Assalamualaikum....dah lama sampai?
Mom : W'salam...dah lama dah...u baru sampai ke?
Makcik : haah..baru aje...ramai yang hantar ye.
Mom : *senyum* ini adik ipar i, ini kakak ipar i and this is my daughter.

Aku sengih sambil salam makcik tu...

Makcik : ooo ur daughter ye...cantik..*senyum* kita jumpa nanti la ye.

Adik Ipar : *bisik* cantik rupanya ank dara nih
Aku : oo perli la tu hahahahaha
Adik Ipar : tak de lah tu..ikhlas dia puji...
Aku : ala puji-puji je...patutnye offer la calon-calon yang sesuai.hahahaha
Adik Ipar : haah kan...dia takde ank teruna ke? (soalan ditujukan pada mom)
Mom : takde sumenya anak dara
Aku : LOLz...melepas!hahahahaha


saba aje lah makcik tu...terkejut saya tau tetiba puji hehehehe malu ai~ auwww




nota bawah : adik ipar tu makcik aku..bkn adik ipar bini adik aku ye..harap maklum =P
Single people will always be in a relationship with his/her family, his/her friends, his/her enemy, his/her work...

(mengarut aje nih  gagaga)

Sakit?


Aku akan sentiasa ingat bahawa jatuh di dalam tandas adalah sesuatu yang tidak menyeronokkan. Diibarat kamu berada di dalam sebuah kotak dan dunia kamu berpusing pusing (walaupun hakikatnya kamu hanya menggelongsor).


Penjenayah yang mengakibatkan kejadian ini adalah


 
Salah aku ke? Bukan sudah pasti salah si bangku ini....

Baru sekarang aku terasa sengal sengal....


Di masa hadapan sekiranya ada manusia yang terjatuh di dalam tanda, aku akan CUBA untuk tidak gelak padanya kerana ianya satu benda yang tidak menyeronokkan...tapi aku tidak berjanji ye..kalau tergelak tu aku mintak maaf seikhlas hati....PERCAYALAHHH~~~ 



Bidadari-Bidadari Syurga ~Tere Liye~

Wahai wanita-wanita yang hingga tiga puluh, empat puluh atau lebih dari itu, tapi belum juga menikah (mungkin kerana kekurangan fizikal, tidak ada kesempatan atau tidak pernah 'terpilih' di dunia yang amat keterlaluan mencintai harta dan penampilan wajah) yakinlah wanita-wanita solehah yang sendiri namun tetap mengisi hidupnya dengan indah, bersedekah dan berkongsi, berbuat baik dan bersyukur. kelak di hari akhir sungguh akan menjadi bidadari-bidadari syurga dan khabar baik itu pastilah benar, bidadari syurga parasnya cantik luar biasa.