Dihargai

Aku teringat masa mula-mula dapat kerja sekarang. Aku diinterview oleh bekas boss melalui telefon dan keesokkannya bertemu empat mata dengan dia..nasib aku agak baik sebab dia sangat memerlukan seorang pembantu dengan gaji yang aku mintak aku memulakan kerja pada minggu yang berikutnya.

Bermula la perjalanan kerja aku sebagai pembantu di dalam bidang yang sangat asing.project management consultancy. Sebulan di HQ kami berpindah ke site office (gabungan cabin dan lantai simen).keadaan site office tidak lah begitu teruk melainkan dari duduk di kerusi empuk, disini aku duduk di kerusi plastik. Kalau ikut kan aku lebih suke bekerja di site office dari di HQ sebabnya kegiatan haram tidak di monitor oleh big boss hanya boss aku yang sporting tu saja...dan waktu makan adalah ikut suka..tak ke best tu? Hihihi

Sepanjang 2 tahun lebih aku bekerja dengan dia banyak benda yang aku belajar malah aku mendapat gelaran si copy cat hanya kerana aku boleh meniru perlakuan dia dengan jayanya bila melibatkan kerja.

Bln jun 2010 adalah bulan terakhir aku bekerja dengan dia selepas dia membuat keputusan untuk berhenti. Tipu lah kan kalau kata aku tak rasa sedih..tapi as we know it people come and go.

Dalam dia nak tinggalkan company, dia risau tentang keadaan aku..(maklumla pengganti dia adalah sangat mengecewakan dan sudah boleh di jangka akan tahap kebolehan dia.)


Selepas itu aku dan dia hanya berhubung melalui telefon saja. Setiap kali dia akan bertanya keadaan aku.macam hari ni aku mendapat soalan cepu mas. Ada orang bocor rahsia mengatakan aku sedang mencari kerja. Aku hanya gelak saja.

Hanya satu aja permintaan aku yang menghalang aku untuk meletak jawatan dan bekerja dengan dia.

Maybe selepas CNY sapa tahu kan rezeki aku hihihi.....



Nota= feeling good when there are a person who appreciate ur hard work n recognize it. Its all wat every employee needs besided good pay check!=
Published with Blogger-droid v1.6.5

Terfikir.....

Happy new year kawan-kawan...
Ye aku sedar sudah masuk hari ke-6 baru la kau nak wish happy new year...sory lah tetiba aku lupa aku ada blog hehehe

Aku baru sedar bahawasanya entry di blog ini semakin kurang dari bulan ke bulan....sebabnya seperti berikut:-

# kolam idea kering kontang
# tiada yang menarik berlaku
# malas nak update
# sebulan modem mogok (tapi adik aku guna boleh pulak..heran sungguh aku)

Haaa...itu la sebab musabab kenapa entry semakin sikit dan sikit dan sikit...nasib baik la aku tak ada followeryang berjuta-juta kalau tau mau angin diaorang tu hihihihi berangantaksudah!

Tahun aku rasa aku nak tukar kerja lah...tapi punya la malas nak mintak keje...kenapa la tak kerja aje yang cari aku kan? Tapu tahun lepas aku test market....tak ada pulak respon...kecuali satu aje lah...kalau yang ini menjadi makanya gaji bertambah dan beban kerja pun bertambah DAN position pun sudah lain...sanggup ke?boleh kot dengan syarat tok guru aku tu bagus!hihihihi

Kalau tak tukar kerja mungkin tukar status?? *background lagu wali band - cr jodoh* hahahahahaha takde la aku ngarut di senja kala nih huhuhu

Ok lah..tu aje aku nak merepek...take care all...tata

¤to whome it may concern..wont u just come and get me already?¤
Published with Blogger-droid v1.6.5